Thursday, November 12, 2009

Perjumpaan dengan AJK Penaja MAYC Kawasan Jelebu.







Sunday, July 19, 2009

BENGKEL STRATEGIK KEPIMPINAN & HALA TUJU MBN





























Tahniah kepada kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan kerana telah berjaya menganjurkan program Bengkel Strategik Kepimpinan Dan Halatuju Majlis Belia Negeri Sembilan di PD Golf Club pada 17 - 19 July 2009 .Mayc N.Sembilan turut serta menghantar wakil bagi sama sama menjayakan program ini.Dalam majlis ini badan badan gabungan persatuan belia di Negeri Sembilan telah menghantar wakil masing masing antaranya persatuan yang mewakil kaum India ,Cina, Pengakap, GPMS, St, John Ambulan,Belia Felda, 4 B, Majlis Belia Daerah, Pengerak DUN Dan Pengerak Belia Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan. Beberapa pembentangan telah dijalankan oleh tokoh yang hebat antaranya Faris Omar Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri(PROWARIS), Prof. Turiman Suardi (UPM), Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggof(Akedemi Pidato), Wakil Sekretariat Pembangunan Belia N.Sembilan, Pengarah Belia N.Sembilan dan Presiden MBN Sdr. Wan Fazamy. Satu majlis makan malam dan ramah mesra dengan pihak media juga diadakan sempena pelancaran laman web MBN. Harapan peserta semoga segala perancangan yang telah dibincangan dalam bengkel ini dapat direalisasikan oleh kita semua.Wassalam... su. MAYC NS.

Krusus Profesionalisme Persatuan Belia Daerah Kuala Pilah





















Tuesday, June 30, 2009

PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT N.SEMBILAN


Tahniah kepada kontinjen MAYC N.SEMBILAN dapat bersama sama mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Dalam masa yang singkat kita dapat mengumpulkan 45 orang peserta yang dikepalai oleh MR.HENSEM. Good job.......


Timo kasih abg padil baju kito cantik............

Belia MAYC Felda Pasir Besar Gemas, Tahniah...



Tahiah Hafis, tokey lembu, kambing dan sayur monang anugerah Belia Tani.


Syabas Wan Fazami, Pengerusi MBN, buktikan budak kepalo masam hebat buat kojo..
Tahniah, kami semua menyokong anda kearah Belia yang Terbilang.



Monday, June 29, 2009

SALAM PENGENALAN DARI MAYC NEGERI SEMBILAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada pelayar blog MAYC Negeri Sembilan khasnya kepada ahli ahli MAYC. Matlamat blog ini di wujudkan adalah untuk pelayar dan ahli MAYC memberi pandangan untuk kita sama sama memperkasakan pergerakan Belia di negara kita khasnya di N.Sembilan. Harapan kita semoga blog ini dapat dijadikan medan pertemuan, bertukar tukar pandangan, memberi cadangan, teguran, menghebahkan aktiviti persatuan belia dan apa sahaja usaha yang boleh memantapkan pergerakan Belia untuk kita kongsi bersama.Wassalam"BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA"
AZMAN MD SHAH.